Televisyen digital Televisyen di Jepun

Lihat juga: ISDB

Jepun sudah berpuluh tahun lamanya merintis teknologi HDTV melalui pelaksanaan sistem analog MUSE/Hi-Vision). Sistem lama ini tidak serasi dengan mana-mana piawaian digital baru. Pada 1 Disember 2003, bermulanya penyiaran HDTV terestrial melalui piawaian ISDB-T dimulakan di kawasan metropolitan Tokyo, Osaka, dan Nagoya. Dilaporkan bahawa 27 juta alat penerima HDTV telah dijual di Jepun sehingga Oktober 2007.[3]

Kerajaan Jepun sedang mengkaji pelaksanaan mempertingkatkan piawaian seperti yang dicadangkan oleh penyelidik Brazil (SBTVD). Ciri-ciri baru ini mungkin tidak akan diterima di Jepun kerana masalah ketidakserasian, tetapi juga dipertimbangkan kegunaan masa hadapan di negara lain, termasuk Brazil.[4]

Siaran TV terestrial analog di Jepun tamat pada 24 Julai 2011, menurut undang-undang penyiaran semasa[5]. Walaupun begitu, para pengguna masih lambat beralih ke DTV, gara-gara harga penerima ISDB yang mahal, apatah lagi dirumitkan dengan isu-isu berkenaan sistem B-CAS dan pengurusan hak digital yang ketat mengenai perakaman siaran di rumah.